Saturday, 25 May 2013

2 Sen Aku (Bahagian 4) : Komposisi "Framing"... Bingkai

Di sekeliling kita banyak objek-objek yang boleh dijadikan bingkai "semulajadi" kepada imej yang ditangkap. Bergantung pada bagaimana kita mengolah dan meletakkan kedudukan kamera sebelum memetik butang "shutter" objek seperti pokok, terowong, pintu atau jendela dan sebagainya boleh memberi faktor "wow!" kepafa imej. Dengan meletakkan objek-objek tersebut di penjuru keliling imej ia boleh membantu mengetengahkan subjek untuk tumpuan mata. Beberapa contoh bergambar untuk mudah faham...



Bingkai pintu dijadikan bingkai "semulajadi" untuk foto ini. Subjek atau fokus sebenar adalah kegiatan manusia di luar sana. Mudah bukan?

Bingkai tidak semesti harus berada pada empat-empat keliling imej anda. Jika ia besar dan tidak pula menghalang subjek yang ingin difokus cukup sekadar ia menutup beberapa penjuru sahaja. Sangat jelas fokus presentasi imej ini adalah kubah masjid.


Foto ini pula menggunakan struktur binaan bumbung, tiang-tiang malah manusia sebagai bingkai semulajadi. Fokus sebenar adalah tebing pulau/bukit di seberang sana.

Beberapa perkara penting harus kita ingat bila menggunakan teknik komposisi "framing" ini, adalah sangat penting bagi kita mendapatkan fokus yang baik (sharp/tajam) terhadap subjek yang ingin kita persembahkan. Jadi saya syorkan anda memahami bagaimana lensa mengfokus subjek. Juga penting, tidak membiarkan bingkai anda terlalu besar dikhuatiri akan mendominasi subjek.

Selamat mencuba, terima kasih! Akan bersambung...