Tuesday, 28 May 2013

2 Sen Aku : Jika Anda Ke Pasar Ingin Membeli Kamera Compact

Soalan popular diajukan kepada aku dari rakan-rakan mengenai kamera compact. Bagaimana memilih kamera compact yang baik. Kebanyakan mereka yang bertanya dengan membezakan jenama (brand), sebagai contoh: "aku nak beli compact camera, nikon ker canon elok?", "samsung galaxy camera tu ok gak, member aku pakai... kau rasa ok?". Jika berdepan dengan situasi sebegini biasanya aku akan menamatkan perbualan dengan jawapan mudah "Kalau kau dah transfer ke PC/print dan cantik, takde masalah... boleh beli, semua tu branded (syarikat/jenama tersohor)"

Tidak dinafikan kamera compact kebelakangan ini mampu menghasilkan imej yang setanding dengan kamera slr. Saiz dan bentuk kamera juga memainkan peranan dalam memcapai sasaran pasaran syarikat-syarikat pengeluar elektronik. Tidak semua yang meminati fotografi suka akan bentuk fizikal slr yang besar dan berat. Kamera compact telah melalui berbagai proses evolusi menjadikan ia setanding dengan kamera-kamera slr pada ketika dulu menjadi alat profesional. Tetapi untuk mendapatkan foto atau imej yang menarik dengan menggunakan kamera compact, kamu harus tahu mengendalikan kamera tersebut. Jadi pada entri ini saya ingin berkongsi pendapat tentang apa yang harus kita cari dalam sesebuah kamera compact sebelum membuat keputusan beli.

1. Saiz sensor
Peribadinya, aku mensyorkan kamera yang memiliki sensor saiz 1/1.7". Ingat! periksa spesifikasi kamera melalui internet atau lebih tepat website syarikat/jenama kamera yang anda berhasrat untuk beli. Google "camera sensor sizes", cari infomasi dan fahami. Jika ditanya pada masa hadapan apa yang penting untuk dapat imej cantik, jawapan aku tetap sama "saiz sensor". Jurujual yang baik boleh menerangkan kepelbagaian saiz sensor kehendak anda, jika mereka gagal berbuat demikian cari jurujual lain. Berhati-hati! Contoh-contoh kamera compact prestasi tinggi. Jelas bentuk ada persamaan antara satu dan yang lain.


Canon Powershot G1X dan G15



 Nikon CoolPix P7700 dan CoolPix A (dengan bangga memaparkan simbol "DX" = APS-C, pengguna Nikon cukup faham apa yang dimaksudkan DX)


Olympus Stylus XZ-2 dan Panasonic Lumix LF1

Samsung EX1 dan Sony RX1

2. Lensa laju/pantas.
Maksud lensa laju ialah lensa mempunyai bukaan "aperture" yang besar. Masih tidak faham bukan? Tidak mengapa, jom aku tunjuk cara mengenalpasti lensa yang pantas. Jangan bimbang, mudah dan cara yang boleh guna untuk semua jenis kamera!
 
Cari nombor seumpama ini. Jika nombor tersebut sama atau lebih kecil dari 2.8 itu bermaksud lensa laju. Lensa-lensa sebegini memberi kelebihan di dalam keadaan cahaya yang kurang.

Contoh baik! Ternyata lensa kamera Samsung ini lebih baik kerana nombornya lebih kecil (1.4).  Hinggakan Samsung mencetak "F1.4" di tepi bawah badan kamera. Samsung ingin F1.4 menjadi "selling point" untuk kamera ini. Keluasan bukaan lensa berlawanan dengan nombor. Semakin kecil nombor aperture (simbol f/) semakin besar bukaan lensa, semakin berupaya ia di situasi kurang cahaya.

3. Mode-mode kamera
Periksa dengan terperinci tetapan-tetapan mode yang ada pada kamera ingin dibeli. Aku menyarankan kamera tersebut sekurang-kurangnya mempunyai keupayaan untuk digunakan dengan tetapan semi-manual. Contoh tetapan mode semi-manual adalah "Shutter-priority, Aperture-priority". Terbaik adalah kamera yang berupaya berfungsi dengan tetapan manual sepenuhnya. Contoh bagaimana mengenalpasti tetapan kamera yang dikatakan.

 Jika anda mampu membeli kamera yang mempunyai tetapan berikut ia adalah satu kelebihan besar.

Contoh pada beberapa kamera. Semua kamera berprestasi tinggi mempunyai tetapan M, S, A. Jika tidak dan kamera anda mahal sila kaji ke mana wang anda dibelanjakan. Feature WiFi mungkin?

Mode manual membolehkan anda mengawal sepenuhnya proses menangkap gambar dan juga membuka ruang kreativiti yang mungkin ada dalam diri. Kawalan manual memberi pengguna peluang menerokai keupayaan sebenar sesebuah kamera.

4.  Keupayaan "Zoom"
Dapatkan kamera yang mempunyai keupayaan zoom sekurang-kurangnya 3 kali (kebiasaannya di labelkan dengan "3x Zoom" atau lebih). Tetapi pastikan ia adalah Optical Zoom bukan Digital Zoom. Tanya jurujual atau anda boleh periksa di laman web jenama tersebut.

5.  External flash dan hotshoe.
Sukar untuk aku memberi contoh kamera compact yang tidak dilengkapkan dengan built-in flash, elemen asas ini tidak perlu diperjelaskan dengan terperinci. Tetapi apa aku ingin sarankan kepada mereka adalah membeli kamera yang mampu digunakan bersama external flash. Untuk menggunakan external flash sesebuah kamera compact harus memilik apa yang dinamakan flash "hot-shoe". Ia berupa tapak besi yang menyambung kamera dan external flash supaya 2 alat elektronik ini dapat berkomunikasi.

Jelas? Dalam gambar kanan menunjukkan kamera tersebut boleh diguna dengan external flash kerana dilengkapi tapak besi (hotshoe).

Inilah dimaksudkan external flash. Flash kecil di sebelah kiri sesuai untuk kamera compact. Ia jauh lebih murah, ringan dan kecil. Harga sekitar RM300 (bergantung pada jenama). Flash bersaiz besar tentulah tidak sesuai jika digandingkan dengan kamera compact malah harganya hampir menyamai harga kamera (sekitar RM1,000-RM1,500).

Kedudukan external flash kecil pada kamera compact. Selain pencahayaan yang baik, ia memberi pengguna kebarangkalian untuk menjadi lebih kreatif sekaligus menghasilkan imej teramat cantik setanding dengan kamera slr.

Diharap 5 tip bagaimana dan apa yang harus kita cari dalam sesebuah kamera compact dapat membantu anda membuat keputusan. Pada mereka yang telah pun memiliki kamera compact teruskan mengguna apa yang telah anda ada. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca.

Lawati entri ini ==> http://harizrasol.blogspot.com/2012/02/photostory-quick-review-canon-powershot.html