Saturday, 22 June 2013

CeriteraFoto : Apa dan Bagaimana Jerebu Berlaku

Apa?
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.

Bagaimana?
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Kerana?
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Dari mana?
Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.

Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. Pada tahun 2013 jerebu datang kembali seluruh asia tengara tidak didatangi cahaya matahari .

*Sumber - http://ms.wikipedia.org

Sekitar kawasan aku pada jam 1123 22/06/2013



Keadaan pada jam 1418 24/06/2013
 

Jam 1946 24/06/2013
Dari kiri - Gambar pertama, menghala utara. Keadaan makin teruk berbanding 2 hari sebelumnya. Sekolah telah diistiharkan cuti. Gambar kedua, bearing 270 darjah dari utara. Penglihatan kurang 1km.

Perkembangan pada jam 2008

Terima kasih dan harap kongsi.