Friday, 20 December 2013

2 Sen Aku : Berseronok Dengan Adobe Photoshop Express Untuk Alat-Alat Bimbit Anda!

Bagi penggemar fotografi nama Adobe Photoshop tidak asing. Ia adalah peneraju industri untuk perisian fotografi. Setahu aku keupayaan Photoshop sehingga kini tidak boleh ditandingi oleh mana-mana perisian lain. Jadi pada penulisan ini, aku ingin membawa kalian mengenali aplikasi Photoshop EXPRESS untuk alat bimbit. Mudah digunakan dan percuma!

Dibuat untuk 3 platfom terkemuka. Windows Mobile, Android dan iOS

Muat turun aplikasi adalah percuma (walaupun beberapa tetapan perlukan bayaran).

Skrin splash dan muka depan aplikasi PS Express. Anda boleh mendaftar akaun Abode Revel untuk kemudahan simpanan dan kongsian di internet. Tutorial ini aku memilih Take a Picture dan cuba buktikan pada kalian dengan teknik yang sedikit terperinci anda mampu memperolehi gambar cantik untuk dimuat naik ke dada laman sosial.

Secara ringkas ada 5 tetapan yang sedia ada. Setiap tetapan mempunyai pra-set masing-masing.
Tetapan pertama yang akan pengguna temui adalah Warna (Color Setting). Jelas, pra-set yang tersedia memberi kepelbagaian tetapan warna. Sebagai contoh aku memilih pra-set Autumn.

Tetapan kedua adalah Crop. Sama seperti tetapan sebelum, beberapa pra-set disediakan untuk memudahkan pengguna. Selain pra-set pengguna juga diberi kebebasan untuk mengolah mengikut kehendak. Beberapa sub-tetapan lain seperti ubah orientasi (Rotate), flip dan aspect ratio diberikan. Aku memilik aspect ratio 1:1 (empat segi tepat) dan mengubah orientasi gambar (pisang diolah ke atas bingkai)

Seterusnya, tetapan kejelasan (Clarity), ketajaman fokus (Sharpen), pendedahan cahaya dan sebagainya. Semua tetapan harus dicuba mengikut kesesuaian gambar, faktor cahaya dan lain-lain.

Tetapan keempat adalah Red-eye correction, malangnya aku tidak menggunakan tetapan tersebut untuk gambar ini. Red-eye correction digunakan apabila berdepan dengan imej potret. Tetapan ini membaiki fenomena anak mata bersinar merah akibat dibias cahaya flash camera.
Jadi aku terus ke tetapan Frame (bingkai), secara peribadi... pada aku pra-set selain vignette adalah tidak menarik. Di sini aku hanya akan memilih antara Vignetter atau vignette black bagi menggelapkan penjuru gambar. Selesai! Jom tengok produk akhir Adobe Photoshop Express..


WOW! (...syok sendiri)

Mereka yang memiliki alat bimbit pintar dan tablet, selamat mencuba.
Terima kasih dan harap kongsi!


#photoshopexpress #ios #android #stillife #food #fotografimakanan #foodphotography #smartphone #photoshopapp