Sunday, 8 June 2014

PhotoStory : Kebosanan Melanda... Cuci Display TFT & Skrin BlackBerry Curve 9360, Jom!

[The information on this page is intended to provide viewers with resources and information which they may find useful and of interest to them. By providing such information, whether it is in a form of text or graphics, the owner of this page does not take any profit nor benefited in any terms. All trademarks appear on this page are the properties of their respective owners with all rights reserved. No portion of text or graphics from this page may be reproduced or used in any way without the consent of the owner.]

Rugi RM15! Aku beli set 4 batang Torx driver sebab kurang perhatian dan research. Ternampak 2 biji skru Torx T4 di bahagian dalam berhampiran ruang bateri. Rupanya prosedur untuk membuka skrin dan display TFT Curve 9360 tidak memerlukan mana-mana skru ditanggalkan dari badan atau kerangka telefon.
Curve 9360, set lama. Orang putih kata "out dated". Teknologi QWERTY keypad dan trackpad sebagai cara input pengguna. Dari sudut spek, sangat ketinggalan dan tidak perlu dihurai dengan panjang.

Objektif pertama adalah untuk menanggalkan bingkai plastik yang mengelilingi badan telefon. Mula-mula buka cover bateri dengan mencungkilnya dari bahagian tepi.
Ceraikan bateri dari connector. Oh! pastikan telefon dipadam terlebih dahulu. Lupa :). Terus kupil bingkai plastik menggunakan kuku atau spudger plastik. Bingkai hanya dilekatkan ke badan telefon dengan beberapa klip sahaja.
Baik. Tuan puan boleh terus kerjakan skrin Curve yang dilekatkan menggunakan tape pelekat dua-belah. Ceraikan skrin tersebut dengan lembut serta perlahan-lahan dan pastikan pelekat/gam berada dalam keadaan baik bagi proses pemasangan semula.
Bersihkan habuk, debu pada skrin dan display TFT dengan menggunakn berus lembut, atau kain micro-fiber. Boleh guna sedikit cecair alkohol pada display TFT, tiada masalah. TFT diperbuat dengan lapisan filem halus oleh demikian penggunaan alkohol sangat relevan untuk membasmi dan mengelakkan jangkitan kulat yang gemar memakan filem.
Lekat semula skrin ke atas display TFT tadi, dengan tekanan lembut pastikan baki pelekat tadi mengenai sekeliling bingkai skrin. Pasang bingkai plastik telefon dan hidupkan Curve 9360 tuan puan. Rekaan Curve 9360 (jika tidak semua rekaan BlackBerry) yang menggunakan klip serta pelekat sebagai finishing tepi telefon mengakibatkan banyak jurang terbuka sekaligus memberi ruang untuk habuk dan debu masuk. Mudah bukan? Boleh cuba, terima kasih.


#diyproject #cuciskrin #blackberry #blackberrycurve #curve9360 #displaycleaning #lcdcleaning