Tuesday, 25 November 2014

PhotoStory : Oh! Kamera Compact... Cubalah Tuan Puan Unlock Potensi Sebenar Kamera Anda

[The information on this page is intended to provide viewers with resources and information which they may find useful and of interest to them. By providing such information, whether it is in a form of text or graphics, the owner of this page does not take any profit nor benefited in any terms. All trademarks appear on this page are the properties of their respective owners with all rights reserved. No portion of text or graphics from this page may be reproduced or used in any way without the consent of the owner.]

Cuba tuan puan tengok poster bawah ni. Memang betul, tidak berapa sukar pun untuk merakam gambar seperti yang saya tunjuk ini.


Terlebih dahulu, secara jujur saya mengaku memang jelas ada penggunaan perisian komputer untuk membantu dalam kerja-kerja edit warna. Bagi gambar bertujuan komersil tidak mengapa.

Malah lewat ini, kerja-kerja edit gambar pun boleh dilakukan pada telefon bimbit. Pelbagai app yang "user-friendly" tersedia percuma di laman-laman muat-turun apps. Lihat contoh di post ini (http://harizrasol.blogspot.com/2013/12/2-sen-aku-berseronok-dengan-adobe.html ).


Baik, cuba lihat beberapa gambar terlebih daulu.

Ekspeimen beberapa sudut yang menarik

Sudut betul membantu menyerlahkan kekuatan produk/makanan anda (secara visual)

 Olah latarbelakang (background) dengan sebarang objek yang telah ada.

Pastikan fokus terhadap produk anda adalah tepat.

 Aku memilih composition ini. Ada ban, latarbelakang ada cawan/gelas dan objek (biskut almond) paling ke depan/hamper dengan audience.


Ya betul! Gambar-gambar sebegini boleh dirakam dengan menggunakan kamera compact dan dalam keadaan sedia ada. Tanpa persiapan sangat rapi malah contoh-contoh di atas dirakam ketika aku minum kopi di restoran/stall saja. Bunyinya macam mudah sangat bukan? Secara logik... sesiapa sukar menerima kenyataan ini, aku masih berkeras (hahahaha)...hanya kamera compact dan 2 ALAT LAIN serta pengalaman aku dalam bidang fotografi juga minat mendalam terhadap seni visual.

Owh! biskut almond itu pun baru sahaja dibeli dari penjual online facebook... yang mungkin tuan puan kenal.

Kongsi post ini pada rakan lain. Terima kasih.


#canon #nikon #olympus #sony #sigma #tamron nikkor #eos #canoneos #ef2470 #ef70200 #ef1635 #productphotography #foodphotography #stilllife #compactcamera #kameracompact #photographylighting #fotografimakanan #flash #speedlite