Tuesday, 2 June 2015

Tutorial : #GeoTag Gambar-Gambar Dari dSLR Anda Dengan Menggunakan Telefon Pintar

Kaedah ini tidak terhad pada kamera SLR sahaja malah boleh dilakukan pada kebanyakan kamera yang tidak mempunyai alat GPS.

Jom cuba!

Dengan menggunakan telefon pintar anda. Muat turun aplikasi GPS Logger dengan percuma. Tuan-puan boleh memilih sebarang aplikasi GPX tracker kesukaan tuan dan puan. Berdozen-dozen aplikasi GPX logger terdapat di pasaran android mahupun iOS.


Saya memilih GPS Logger. Siap muat turun dan dipasang pada telefon. Sebelum memulakan proses merekod GPX tuan-puan harus mengaktifkan GPS pada telefon pintar. Pastikan tetapan jam pada telefon pintar dan kamera adalah sama.

Anak panah 1 menunjukkan bulatan hijau penanda telefon pintar tuan-puan berjaya mendapat lokasi dan aplikasi GPS Logger sedang merekod pergerakan tuan-puan. Sekarang, tuan-puan boleh menyimpan telefon pintar tuan-puan ke dalam poket atau tas tangan dan mula mengambil gambar menggunakan kamera SLR. Sesudah mengambil gambar tutup atau hentikan logging dengan menekan petak hijau "Stop Logging".

Kenalpasti di mana aplikasi GPS Logger simpan fail (.gpx). Saya telah tetapkan fail (.gpx) disimpan dalam folder document pada kad memori telefon pintar. Pindah fail tersebut ke komputer.
Dengan menggunakan perisian Adobe Lightroom version 4 atau terbaru, "import" gambar-gambar dari SLR yang tuan-puan ingin masukkan data lokasi tadi.

Tuan-puan terus ke modul "Map" seperti yang ditunjukkan dengan anak panah 2. Tekan butang yang bertanda bukit (sebelah ikon mangga kunci) dan pilih "Load Tracklog..."

 Pilih fail mengikut tarikh yang betul dan klik "open"

Pilih (highlight) semua gambar-gambar yang telah diimport tadi dan tekan ikon bukit (anak panah 6). Klik "Auto-Tag ## Selected Photos". Komputer dan perisian Adobe Lightroom akan menyesuaikan lokasi yang direkod oleh GPS Logger dan gambar-gambar tuan-puan berdasarkan masa. Oleh sebab itu jam (waktu) di telefon bimbit dan kamera harus sama.

Tuan-puan boleh memilih sebarang gambar yang telah disuaikan dengan koordinat lokasi. Contoh anak panah 8, ditunjukkan dengan lokasi bertanda No. 4 pada peta (anak panah 9). Anak panah 10 menunjukkan koordinat lokasi tersebut. Untuk mudah faham, pada waktu tersebut, telefon pintar tuan-puan merekod kedudukan tuan-puan di lokasi No. 4 semasa tuan-puan memetik shutter kamera untuk mendapatkan gambar tersebut berdasarkan waktu (jam).

Tuan-puan boleh menanam data koordinat lokasi tersebut ke dalam data imej dengan mengeksport gambar-gambar tersebut. Jom kita pastikan data lokasi tersimpan dalam imej yang berformat jpg/jpeg.

Pilih perisian komputer kesukaan tuan-puan untuk membaca exif-data gambar-gambar tersebut. Saya memilih #Adobe #Bridge. Lihat anak panah 11, fail gambar berformat jpg/jpeg dan anak panah 12 menunjukkan koordinat lokasi telah tersimpan ke dalam data imej.

Bagi sesetangah pengguna kamera, data lokasi dalam imej adalah infomasi yang kritikal untuk dijadikan rujukan tepat di mana kedudukan beliau ketika mengambil gambar sebagai contoh pengkaji geografi, jurugambar hidupan liar dan sebagainya. Jika gambar diambil di dalam hutan panduan landmark adalah mustahil dan ini menyukarkan mereka untuk pin-point lokasi beliau ketika mengambil gambar.

Harap tutorial ini membantu. Ingat, kamera dan telefon bimbit yang mempunyai keupayaan GPS atau GLONASS.

Terima kasih.!


#canon #eos #canoneos #geotag #gpx #gpstracker #gpslogger #gps #glonass #johorbahru #android #lightroom #adobelightroom #photoshoplightroom #travelphotography #location #map